Mangsa, Noor Waheedah Abd. Wahid, 38, yang merupakan seorang suri rumah, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada pukul 9.30 malam tadi akibat pendarahan dalam otak.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, suami mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai seorang buruh ditahan selepas tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sepetang pada pukul 9.15 pagi kelmarin.
Menurut beliau, suami mangÂsa memaklumkan dia memukul isterinya sehingga cedera dan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans.
Tambahnya, hasil bedah siasat yang dilakukan pagi ini pula mendapati punca kematian adalah diÂsebabkan kecederaÂan di kepala akibat trauma tumpul.
âKes ini pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun KeÂseksaan. Suspek telah direman selama tiga hari sehingga esok.
âBagaimanapun reman suspek akan disambung esok untuk siasatan lanjut ekoran kes telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun KesekÂsaan kerana membunuh,â katanya di sini hari ini.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment