Harap Kerajaan Pulau Pinang bantu Harimau Kumbang

Friday, January 5, 2018

Harap Kerajaan Pulau Pinang bantu Harimau Kumbang

Harap Kerajaan Pulau Pinang bantu Harimau Kumbang

GERAK kerja tersusun oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) mendapat pujian penyokong mereka dan berharap kerajaan negeri juga akan terlibat sama di dalam penjenamaan semula Harimau Kumbang 2018.

Penang Brotherhood dalam siaran medianya berkata, pengurusan sedia ada berusaha mewujudkan pasukan dengan bermodalkan sedikit dana dan pemain pula sanggup berkorban untuk bersama Pulau Pinang tanpa dijanjikan bulan dan bintang.

Menurutnya, pengurusan sedia ada membuat perancangan lebih teliti bagi musim ini selepas difahamkan sudah tidak ada lagi dana dari kerajaan negeri kepada FAP.

"Kami memohan agak kerajaan negeri melalui Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermurah hati menawarkan bantuan buat bolasepak Pulau Pinang.

Hal ini kerana sukan bolasepak adalah sukan yg menyatukan Rakyat Pulau Pinang tak kira bangsa dan agama," katanya

Penang Brotherhood berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan FAP yang sedia berjumpa dengan penyokong untuk menjelaskan permasalahan 2017 sehinggalah perancangan 2018.

Menurutnya, beberapa perancangan seperti berkerjasama dgn Rapid Sdn Bhd untuk memudahkan penyokong hadir ke stadium, penjualan tiket lebih sistematik dan penghasilan jersi secara mampu milik disambut baik oleh penyokong Pulau Pinang.

"Akhir sekali, kami menyeru sekalian penyokong terus bersatu hati menyokong kembali Bolasepak Pulau Pinang. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Hapuskan memori duka. Ayuh bangkit bersama. Semoga bolasepak Pulau Pinang akan dihormati dan digeruhi kembali di Malaysia," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment