Ditikam lelaki OKU kerana dendam lama

Saturday, January 6, 2018

Ditikam lelaki OKU kerana dendam lama

Ditikam lelaki OKU kerana dendam lama

MERSING: Dendam lama akibat diejek dipercayai menjadi punca seorang remaja cedera di belakang badan akibat ditikam lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Mohd Nor Mohd Isa, berkata kejadian jam 11 pagi ketika mangsa, Mohammad Amri Omar, 15, bersama ibunya, mendengar ceramah dalam satu majlis agama. 

"Ketika kejadian mangsa bersama ibunya berada di perkarangan masjid untuk mendengar ceramah.

"Secara tiba-tiba suspek berusia 31 tahun berjalan dari arah belakang terus menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau," katanya di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata, akibat tikaman itu mangsa mengalami pendarahan dan luka sedalam 2.5 sentimeter di bahagian belakang badan.

"Mangsa kemudian dihantar orang awam ke Hospital Mersing untuk rawatan dan menerima empat jahitan," katanya di sini.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Pengkalan Batu, di sini dan OKU kategori masalah pembelajaran kini ditahan polis untuk siasatan. 

"Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat dendam ejek mengejek antara suspek dengan mangsa pada hujung tahun lalu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment