Didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja

Tuesday, January 9, 2018

Didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja

Didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja

MELAKA - Seorang peniaga sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Muhammad Khairul Nizam Shah Johari, 20, didakwa melakukan kesalahan berkenaan terhadap pelajar tingkatan tiga itu di sebuah pusat karaoke di Lot S12 Aras Dua, Mahkota Parade, Jalan Merdeka di sini pada 12 tengah hari, 16 Dis tahun lepas.

Lelaki dari Jasin itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Februari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi, manakala tertuduh diwakili peguam M. Pusppa dan Azhar Ghazali. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment