Johor Bahru: Seorang wanita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suami isteri yang juga abang ipar dan birasnya bagi membantunya dalam proses mengambil anak angkat.
Ia berikutan pasangan yang dikenali sebagai Mohamad Higil Abd Kuthus, 35, dan Thoulath Ihusan Beevi Varusa Mohamed, 31, tidak dapat dikesan selepas meninggalkan anak sulung mereka, Ariffin Ali, 13, dengan wanita terbabit sejak empat tahun lalu.
Menurut Sithi Aznah Mohamed Dulkibuli, 28, pasangan itu menyerahkan Ariffin Ali kepadanya pada April 2014 ketika berusia sembilan tahun.
âMereka menumpangkan anak itu di rumah saya, namun selepas itu tiada khabar berita mengenai mereka.
âSaya dan suami membuat keputusan menjaga Ariffin Ali dan menghantarnya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan sehingga kini.
âSepanjang tempoh ini juga, kami cuba mencari bapa dan ibu kandungnya tetapi tidak berjumpa,â katanya ketika hadir ke pejabat Harian Metro, semalam.
Sithi Aznah berkata, saudara mara terdekat mereka juga tidak mempunyai maklumat lokasi pasangan itu dan langsung tiada khabar berita daripada mereka.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sithi Aznah di talian 016-9555520.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment