Bukan projek gajah putih
MASJID TANAH - Bangunan dua tingkat milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sudah siap sejak lebih dua tahun lalu, bukan sahaja menimbulkan tanda tanya malah memberi pelbagai persepsi sehingga menganggap ia sebagai projek gajah putih.
Adun Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya bagaimanapun menafikan perkara itu, namun bangunan bercat kuning dan terletak dalam kawasan pekan Masjid Tanah itu akan menempatkan sebuah pasar raya yang sudah mempunyai beberapa cawangan di negara Timur Tengah termasuk Madinah.
Menurutnya, bangunan itu berjaya menarik minat pelabur dari Qatar untuk membuka sebuah pusat membeli belah dinamakan âQualiti Martâ dan dijangka beroperasi pengunjung April depan.
âBangunan itu bukanlah dijadikan gajah putih, namun pelbagai proses dan prosedur yang perlu dilalui pihak itu termasuk mereka baharu sahaja mendapat kelulusan Jabatan Imigresen pada Disember lalu, selain beberapa syarat yang perlu dipatuhi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
âWalau bangunan itu masih kosong, namun ia tidak merugikan Mara kerana syarikat berkenaan membayar sewa kepada pihak Mara walaupun belum beroperasi,â katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Tambah Sulaiman, kewujudan pasar raya itu nanti akan memberi limpahan rezeki kepada penduduk Masjid Tanah termasuk akan menyediakan peluang pekerjaan. Tinjauan Sinar Harian mendapati bangunan yang diletakkan papan tanda M. Mall masih kosong dan keadaan sekeliling yang sedikit semak sekali gus mencacatkan pemandangan apabila melalui kawasan itu.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Tanjung, Mohd Yusof Salleh berkata, beliau menyambut baik kemudahan kepada penduduk untuk membeli barangan keperluan dan berharap projek pasar raya itu dapat disegerakan.
âSaya difahamkan pasar raya itu belum lagi beroperasi bukan disebabkan masalah teknikal tapi dari segi pengurusan kerana ia akan diambil alih oleh syarikat pelabur itu dan saya berharap ia dapat disegerakan agar tak terus orang anggap ia bangunan gajah putih,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment