Bimbang Mahathir berpaling tadah
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) melakukan kesilapan besar dengan meletakkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara jika gabungan itu menang PRU14.
Mempertikaikan keputusan itu, bekas Setiausaha Otai Reformis, Razak Ismail berkata, Harapan seharusnya dapatkan mandat semua parti gabungan terlebih dahulu sebelum keputusan diumumkan.
âPada saya, pimpinan Harapan melakukan kesilapan besar dengan pelantikan Mahathir. Malah paling meragukan, pecahan kerusi yang begitu besar buat Bersatu.
âSepatutnya Harapan dapat mandat setiap parti sebelum buat keputusan besar. Tidak boleh hanya kepimpinan tertinggi sahaja buat keputusan,â katanya.
âJika ditakdirkan Bersatu menang 52 kerusi dan sebaliknya PKR tidak boleh menang, Mahathir akan turn back memandangkan kerusi dimenangi lebih banyak,â katanya.
Beliau juga persoalkan mengapa Bersatu sebagai parti baru diberi komposisi kerusi besar berbanding parti lain dalam gabungan itu.
âBersatu tidak sampai setahun pun dalam Harapan boleh diberi begitu banyak kerusi. Mana mungkin Harapan beri kepercayaan kepada Bersatu sedangkan tiada lagi track record sebagai bukti kemampuan.
âDalam Bersatu juga tiada wakil rakyat menonjol ketika ini, selain Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir). Apa sebenarnya agenda yang cuba dilakukan? Adakah kerana Harapan terhutang budi kepada Mahathir,â soalnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment