Banjir: SK Pasir Raja di Dungun ditutup esok

Tuesday, January 2, 2018

Banjir: SK Pasir Raja di Dungun ditutup esok

Banjir: SK Pasir Raja di Dungun ditutup esok

KUALA TERENGGANU: Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja di Dungun, masih ditutup esok (Rabu) akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata sekolah berkenaan belum boleh beroperasi berikutan masih ditenggelami bah.

"Dengan itu, seramai 63 murid, 17 guru dan sembilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di SK Pasir Raja masih bercuti esok kerana sekolah tidak dapat beroperasi," katanya.

Hari ini, tiga sekolah iaitu SK Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Dungun, dan SK Padang Kubu Kemaman ditutup dan menjejaskan seramai 400 murid, 56 guru dan 17 AKP.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment