Banjir di Pekan kian pulih

Tuesday, January 16, 2018

Banjir di Pekan kian pulih

Banjir di Pekan kian pulih

KUANTAN: Banjir di Pekan semakin pulih apabila hanya tinggal 102 mangsa daripada 26 keluarga yang masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 5 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata walaupun banjir sudah surut, mangsa tidak dibenarkan pulang kerana kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan ahli keluarga mangsa banjir.

"Sepatutnya semua boleh pulang hari ini, namun masih ada lagi kerja-kerja pembersihan kesan lumpur di rumah mangsa masih dilakukan, jadi mereka masih lagi berada di PPS," katanya di sini, hari ini.

Katanya, dua PPS berkenaan adalah SK Temai yang menempatkan seramai 93 orang daripada 24 keluarga dan SK Aceh (sembilan orang, dua keluarga).

"Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara yang menempatkan seramai 375 mangsa daripada 94 keluarga ditutup sepenuhnya jam 1 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment