Ayah serah anak pedofilia kepada polis
MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja ditahan polis selepas ayahnya menemui foto lucah seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam telefon bimbit suspek.
Kansas City Star mengatakan Andrew Spensberger, 17 akan dibicarakan hari ini atas dakwaan menyimpan bahan lucah kanak-kanak.
Ayahnya, Paul Spensberger sebelum ini menemui dua foto anak saudara teman wanitanya yang sedang tidur dalam keadaan bogel dalam simpanan suspek.
Suspek mendakwa kononnya dia mahu menjual foto-foto tersebut kepada seorang kawan pedofilianya di sekolah dan bukannya untuk simpanan sendiri.
Sementara itu, Paul mengatakan beliau jijik dengan perbuatan anaknya.
"Dia rasa sangat teruk. Dia rasa menyesal dan dia takut (dipenjarakan). Saya boleh bebaskan dia tetapi dia perlu diberikan pengajaran," kata Paul.
Paul yang memiliki syarikat pembinaan tidak mahu membayar wang jaminan terhadap anaknya.
sumber:
0 comments:
Post a Comment