Bermula dengan ‘mesej terbuka’ di Facebook, akhirnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun bertentang mata dengan Nur Sajat. Menurut Sajat, dia berasa lega setelah berjumpa dengan pihak JAKIM.

BACA: Nur Sajat Sedia Untuk Bersemuka Dengan JAKIM



“Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral,” kongsinya bersama Harian Metro.

Namun sebagai rakyat marhaen, maklumat lanjut tentang perjumpaan tersebut tidaklah diketahui dan Sajat yang turut membawa ibu bapanya serta peguam peribadi dalam pertemuan itu hanya menyatakan segalanya berjalan lancar.



Sementara itu melalui Facebook Ustaz Izwan Yusof, dia menjelaskan bahawa pihak mereka sudah berjumpa jalan penyelesaian di atas perkara yang melanda.

Apa yang pasti, ramai di luar sana yang menantikan gender sebenar Sajat malah terlalu ramai yang meragui keaslian Sajat sebagai seorang wanita. Tapi janganlah terlampau fikirkan hal Sajat sampai kerja anda sendiri tak jalan ya? (rtky/s)