Anak OKU mati, ibu bapa ditahan
sumber: hmetro
POLIS menahan suami isteri bagi membantu siasatan mengenai kematian anak lelaki mereka berusia tujuh tahun yang dihantar ke Hospital Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah orang kelainan upaya (OKU).
"Bedah siasat sudah dijalankan dan pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung kes ini.
"Pemerhatian awal mendapati tiada unsur kekasaran ke atas mangsa.
"Susulan itu, pasangan berkenaan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, hari ini,â katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, siasatan lanjut berhubung kes sedang dilakukan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment