5 Perkara Tentang Siti Nurhaliza Ramai Tak Tahu
Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 39 tahun, tahun ini juga merupakan tahun paling bermakna buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Oktober tahun lalu, Siti mengesahkan beliau kini hamil anak sulung, pasti bakal ibu ini tidak sabar untuk menantikan kelahiran Siti Junior Mac ini.
Semua rakyat Malaysia mengenali Siti Nurhaliza, tapi sebenarnya ada beberapa perkara yang ramai tidak tahu tentang Siti.
1. Datuk Siti takut dengan LIPAS!
Rasanya bukan Datuk Siti je takut. Ramai yang takut dengan lipas yang perasan diri dia rama-rama!
2. Geli dengan bentuk berlubang-lubang
Trypophobia nama saintifik bagi mereka yang fobia dan geli dengan bentuk berlubang-lubang seperti sarang tebuan.
3. Sukakan makanan yang pedas-pedas
Menurut Datuk Siti, jika tiada makanan pedas beliau akan cari sampai dapat.
4. Sangat obses dengan alat kosmetik
Datuk Siti sangat obses dengan mekap. Menurut Datuk Siti, beliau boleh menghabiskan masa yang lama di tempat kosmetik dan juga farmasi.
5. Tabiat goyang kaki sebelum tidur
Ada tak yang ada tabiat macam Datuk Siti. Rupanya Datuk Siti ada tabiat goyangkan kaki sehingga terlena.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment