Ruzaini akur Raja Perlis pilih Azlan

Sunday, May 27, 2018

Ruzaini akur Raja Perlis pilih Azlan


Ruzaini Rais

Ruzaini, seorang daripada ADUN Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau pada Khamis lalu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Namun, katanya, kemelut itu akan berakhir dalam masa terdekat.

“Saya tak mahu komen lagi... dalam bulan puasa ni, sesuailah minta ampun dan maaf. Kesetiaan kita kepada Raja (Perlis) tidak berbelah bahagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Beseri dekat sini hari ini.

Beliau juga menolak kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri kerana BN memperoleh majoriti besar di Perlis iaitu 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Khamis, sembilan ADUN BN tidak hadir pada istiadat itu sebaliknya tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS menghadirinya.

Ketidakhadiran kesemua ADUN BN itu telah membangkitkan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalul­lail. – BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment