Insentif hari raya penjawat awam Selangor bakal diketahui
GOMBAK - Insentif Hari Raya Aidilfitri buat penjawat awam kerajaan Selangor, hanya akan diketahui minggu depan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian insentif itu hanya akan diketahui selepas ia dibincangkan bersama perbendaharaan negeri sebelum pengumuman dibuat pada perhimpunan bulanan kakitangan awam kerajaan negeri minggu depan.
"Untuk tahun ini, kita kena lihat prestasi pegawai-pegawai, anggota perkhidmatan awam dan juga melihat kedudukan kewangan negeri," katanya.
Semalam, kerajaan mengumumkan akan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Twitter rasminya,
[ARTIKEL BERKAITAN: BR1M diberi sebelum Aidilfitri]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment