Pengadil bola sepak wanita

Tuesday, May 1, 2018

Pengadil bola sepak wanita

Pengadil bola sepak wanita

KUALA ROMPIN - Menjadi satu kebanggaan kepada sukan bola sepak di daerah ini apabila Persatuan Bola Sepak Daerah Rompin berjaya melahirkan dua pengadil wanita pada tahun ini.

Kejayaan bermakna juga buat Azlina Mohd Nong, 21 dan Nurul Aishah Jalil, 21, kerana menjadikan negeri ini memiliki tiga pengadil wanita berdaftar.

Ketua Pembangunan Pengadil Daerah Rompin, Mohd Radzi Abdul Manan, berkata, tugas itu tidak mudah kerana sukan bola sepak sangat sinonim dengan lelaki.

Menurutnya, minat secara sukarela kedua wanita ini untuk menceburkan diri sebagai pengadil bola sepak wajar diberi pujian dan dibanggakan terutama daripada kalangan wanita.

“Setakat ini kedua wanita ini merupakan pengadil bola sepak kelas 3 negeri dan tahun depan akan naik ke peringkat lebih tinggi iaitu kelas 3 kebangsaan.

“Sudah tentu ini menjadi satu kebanggaan kerana pengadil wanita tak ramai dan Rompin berjaya melahirkan dua orang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Justeru, beliau berharap pemilihan  dua pengadil wanita ini akan meningkatkan lagi kedudukan wanita dalam sukan bola sepak.

Katanya, tidak mustahil akan datang akan lebih ramai wanita mahu mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi pengadil bola sepak.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment