Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa majlis mengangkat sumpah presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah adalah menyalahi perlembagaan.
Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai Ketua Menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.
Writ itu difailkan oleh Tetuan F.T. Ahmad (amp) Co, yang mewakili Musa dan menamakan Tun Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.
Di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, sebaik writ diserahkan, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan kehadiran.
Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei sementara Mohd Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei. - BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment