Ratusan hadir iftar di rumah Anwar

Thursday, May 17, 2018

Ratusan hadir iftar di rumah Anwar

Ratusan hadir iftar di rumah Anwar

KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 penyokong Pakatan Harapan hadir di majlis iftar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini, tadi.

Majlis ini juga turut dihadiri pelbagai kaum yang ingin melihat sendiri sosok pemimpin kesayangan mereka yang berusia 70 tahun itu.  

Anwar yang berbaju melayu putih dan berkain pelikat sempat meluangkan masa melayani tetamunya.

Majlis iftar ini juga diselitkan dengan solat Mahgrib dan Isyak sebelum Tarawih berjemaah serta tazkirah.

Hadir sama, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; Timbalan Penasihat Umum Amanah, Abdul Ghani Shamsuddin dan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir.

Anwar sebelum ini berhadapan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau mendapat pengampunan penuh selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitah pekenan rayuan pengampunannya.

Beliau akhirnya diberi pembebasan serta-merta selepas rayuan pengampunan dibentang dan dipertimbang dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ke-51, semalam.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment