Jiran dengar jeritan, tangisan
BAGAN DATUK - âIbu saya nampak lelaki tu keluar rumah dengan parang berlumuran darah, ada tiga mayat bergelimpangan, seorang di belakang rumah, dua lagi di bahagian tengah,â kata seorang jiran berhubung kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, petang tadi.
Jiran dikenali Awok berkata, ibunya sebelum itu terdengar suara jeritan dan tangisan kanak-kanak, namun tidak mengesyaki apa-apa.
Sehinggalah ibunya ternampak kelibat lelaki memegang parang duduk di tepi jalan berhadapan rumahnya dan mengejar orang kampung yang melalui jalan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik maut dikelar]
âAda seorang guru sekolah cedera ditetak lelaki itu, mujurlah hanya cedera dan sudah dirawat di klinik berhampiran,â katanya.
Awok berkata, kejadian itu mengejutkan semua penduduk kampung apatah lagi menyebabkan kematian.
âMak saya juga nampak ibu mereka yang cedera ada di rumah itu, kedua-dua tangan dan kakinya parah ditetak,â katanya.
Ketika kejadian, dimaklumkan terdapat tujuh ahli keluarga berada dalam rumah.
Bapa bersama nenek mangsa sempat menyelamatkan diri.
Kejadian jam 2.30 petang itu mengorbankan tiga beradik berusia dua hingga lima tahun.
Ibu dan kakak mangsa pula dilaporkan parah.
Awok berkata, sejak beberapa hari kebelakangan ini, lelaki dikenali Rambo itu dilihat sering membawa parang.
âOrang kampung ada menegurnya, tapi dia nampak biasa saja, sampailah tragedi hari ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment