Mangsa terakhir bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
BINTANGOR: Mayat Eviline Linty Kaya, mangsa terakhir bot karam di sungai Nanga Entabai, ditemui terapung di Lubuk Sepali dekat Hulu Sungai Kanowit pada jam 7.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan Bidol Noyeng berkata, penemuan mangsa berusia 23 tahun itu menamatkan serta-merta gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini.
Ketika kejadian Jumaat lalu, lima sekeluarga dalam perjalanan ke Rumah Gani untuk bercuti meraikan Gawai Dayak.
Lenny mangsa pertama ditemui lemas sejurus kejadian, anak dan suaminya berjaya menyelamat diri berenang ke tebing manakala menantu dan cucunya hilang.
BACA: Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
BACA: Nenek lemas, menantu dan cucu masih hilang
Sehari kemudian, mayat Kelvin Sama Markus, 6 tahun ditemui di Sungai Pecur.
Insiden pulang Gawai itu agak tragik kerana sebelum kejadian, Lenny bersama suami menjemput tiga beranak pulang dari Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga di rumah panjang berkenaan.
Kebanyakan rumah panjang di sepanjang Sungai Kanowit, Song dan Kapit cuma dapat dilalui jalan air dan kejadian karam menjelang sambutan Gawak Dayak bukan perkara baharu berlaku di kawasan persisiran itu.
sumber: astroawani

Perjalanan mereka berakhir tragedi apabila bot mereka naiki karam dipukul ombak.
Lenny mangsa pertama ditemui lemas sejurus kejadian, anak dan suaminya berjaya menyelamat diri berenang ke tebing manakala menantu dan cucunya hilang.
BACA: Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
BACA: Nenek lemas, menantu dan cucu masih hilang
Sehari kemudian, mayat Kelvin Sama Markus, 6 tahun ditemui di Sungai Pecur.
Insiden pulang Gawai itu agak tragik kerana sebelum kejadian, Lenny bersama suami menjemput tiga beranak pulang dari Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga di rumah panjang berkenaan.
Kebanyakan rumah panjang di sepanjang Sungai Kanowit, Song dan Kapit cuma dapat dilalui jalan air dan kejadian karam menjelang sambutan Gawak Dayak bukan perkara baharu berlaku di kawasan persisiran itu.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment