Zakat Fitrah kekal RM6.50 di Negeri Sembilan

Wednesday, May 16, 2018

Zakat Fitrah kekal RM6.50 di Negeri Sembilan

Zakat Fitrah kekal RM6.50 di Negeri Sembilan

SEREMBAN - Kadar zakat fitrah untuk umat Islam di Negeri Sembilan pada tahun ini kekal RM6.50 seperti tahun lalu.

Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, bagi memudahkan pembayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini.

“Langkah itu juga untuk menampung kehadiran umat Islam yang kebiasaannya akan mengambil kesempatan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta sepanjang bulan itu.

“Waktu urusan kaunter bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 4 petang manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Nor Azmi berkata, orang ramai juga diingatkan supaya melaksanakan bayaran zakat kepada amil dilantik yang memiliki kad tauliah serta berwaspada dengan individu menyamar sebagai amil PZNS.

“Orang ramai juga boleh melakukan pembayaran zakat fitrah kepada kepada 1,200 amil yang dilantik PZNS di masjid dan surau dalam kariah masing-masing.

“Pembayaran zakat harta juga boleh dilakukan dengan hanya membawa kad ATM di semua kaunter PZNS tanpa perlu membawa wang tunai. Kaedah ini lebih selamat, cepat dan mudah,” katanya.

Menurutnya, umat Islam di negeri ini juga boleh menunaikan zakat harta melalui di kaunter-kaunter Pos Malaysia, agen-agen bank PZNS seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB dan Bank Simpanan Nasional.

“Pembayaran zakat harta juga boleh dilaksanakan melalui Internet  dengan melayari www.zakatns.com.my dan dapatkan maklumat zakat terkini di Facebook zakats.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment