Jangan angkuh, hormati orang tua...
SEGALANYA sudah jelas tertulis di atas dinding untuk beberapa ketika, tetapi Umno langsung tidak mempedulikannya.
Akhirnya pada 9 Mei, parti terbesar orang Melayu itu jatuh merudum, tercungap-cungap bagai ikan hilang nafas.
Dan, buat pertama kali dalam masa 60 tahun, penguasaannya â" bersama komponen BN â" sebagai tonggak pentadbiran negara sejak merdeka, runtuh.
Sehari sebelum ulang tahunnya ke-72, keampuhan dan keangkuhan parti dengan lebih 3 juta ahli itu, dimusnahkan oleh kebangkitan rakyat pada PRU14.
Bagi pemimpin dan ahli totok Umno, kekalahan pada apa yang dianggap sebagai âibu segala pilihan rayaâ ini tentu sekali amat mengejutkan.
Tetapi, bagi rakyat jelata keputusan 9 Mei itu memang telah dijangka. Mereka telah membaca dan melihat dengan jelas di hadapan mata tanda-tanda kekalahan sebuah parti besar.
Sebenarnya seawal PRU12 (2008) sudah ada tanda-tanda BN, khasnya Umno semakin tidak disenangi pengundi. Banyak kerusi yang dipertandingkan dirampas pembangkang; beberapa negeri tumbang.
Tanda-tanda semakin ketara ditunjukkan pada PRU13 (2013), apabila semakin banyak kerusi BN, dan undi popular parti pemerintah semakin merosot.
Malang sekali dengan semakin banyak kerusi terlepas, undi popular semakin mengecil, dan kehilangan majoriti dua pertiga, orang Melayu melihat Umno tidak banyak berubah.
Parti terbesar Melayu itu masih tidak dapat membuang ciri-ciri negatif yang telah menjadi DNA-nya â" angkuh, salah guna kuasa, skandal, kaki seleweng, kaki rasuah, kaki balon, dan kaki-kaki busuk yang lain.
Hari demi hari ciri-ciri negatif yang oleh pemimpin parti dianggap hanya persepsi, di mata dan di hati rakyat semakin jelas terbukti. Keangkuhan dan skandal-skandal mega itu bukan persepsi, tetapi realiti.
Ada suara-suara â" menerusi sosial media, kenyataan NGO-NGO, agamawan, cendekiawan â" menentang skandal yang dilakukan secara berleluasa, tetapi pemimpin dan pembodek parti hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.
Rasuah, songlap duit rakyat berjuta-juta, penyelewengan dalam pelbagai agensi â" contohnya Felda â" semuanya terjadi di depan mata rakyat, tetapi Umno bagaikan tidak peka.
Hatta, skandal RM multi-bilion 1MDB yang diperkatakan di seluruh dunia â" beberapa pendakwaan dibuat di luar negara, termasuk Singapura â" di tempat kita itu dianggap tidak benar.
Meski ada dokumen dan tindakan dari DoJ, ada MO1 â" seorang menteri sendiri telah mengesahkan siapa orangnya â" penahanan kapal mewah Jho Low, kerajaan diterajui Umno menolak bulat-bulat fakta tersebut.
Apa yang dilihat di hadapan mata dan dilaungkan pembangkang semuanya dianggap sebagai putar belit pakatan pimpinan Tun Mahathir untuk menumbangkan kerajaan.
Dan mantan PM itu dikecam habis-habisan oleh pemimpin Umno setiap peringkat. Tanpa mengira kedudukan Tun M sebagai orang tua, pemimpin parti, termasuk yang masih hingusan mencaci sesuka hati.
Tun M dihina sebegitu rupa, sehinggakan asal-usul keturunan pun diungkit. Si mulut celupar dalam parti langsung tidak beralas cakap @ kurang ajar, mengelar Tun M sebagai nyanyuk, meroyan, tua bangka, macam-macam.
Mereka bukanlah taasub kepada Tun M, tetapi orang Melayu, juga bukan Melayu, berasa simpati terhadap bekas PM itu. Umno mungkin marah, tetapi tidak wajar bersikap terlalu kurang ajar lagi biadab kepada orang tua.
Apabila orang muda tidak menghormati orang tua, itu tanda-tanda satu kehancuran. Tetapi Umno yang berasa tidak boleh digugat terus mengabaikan protes rakyat.
Nasihat rakan-rakan lama diperlekeh dan tidak diendahkan langsung. Malah, memberi pandangan untuk memperbaiki pun dianggap pembelot, boleh dipecat dari parti.
Bagi sesetengah pemimpin, terutama yang berduit, mereka menganggap rakyat mudah dibeli. Sebab itu mereka membawa duit berbakul-bakul, mendedak pengundi desa sambil menabur gula-gula. Tetapi wang bukan segala-galanya.
Rakyat, khasnya orang Melayu memerhatikan dengan sedih dan marah segala gelagat dan kesombongan pemimpin mereka. Mereka ingin melawan kesombongan itu.
Apa bila ada amaran âTsunami Melayuâ, Umno yang selesa dengan yakin menangkis: âMustahil, tidak akan ada Tsunami Melayu!â
Tetapi 9 Mei membuktikan kuasa undi boleh mengetepikan keangkuhan. Undi memihak kepada parti lain.
Tidak pasti apa masalah SPR, keputusan sengaja dilengahkan. Menjelang subuh baru diketahui keputusan penuh PRU14: Umno tersungkur, dengan semua negeri â" kecuali Pahang dan Perlis â" terlepas ke tangan lawan.
Hatta, Johor yang selama ini menjadi kubu kuat dan benteng terakhir pun runtuh dilanda angin perubahan.
Memang, bukan Tsunami Melayu, tetapi Tsunami Rakyat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment