Tun M, Wan Azizah pegang dua portfolio

Thursday, May 17, 2018

Tun M, Wan Azizah pegang dua portfolio


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menggalas satu lagi portfolio Kabinet iaitu sebagai Menteri Pelajaran.

Tindakan itu mahu digalas Perdana Menteri kerana menyifatkan sistem pendidikan negara sekarang berada di kedudukan 'kebelakang'.

“Saya pegang portfolio pendidikan kerana ramai yang tidak berpelajaran. Teknik pengajaran adalah kebelakang. Kita patut pelopori teknik pengajaran baharu selain memastikan guru fokus kepada pengajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Pada masa sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu kekal dengan portfolio masing-masing.

Beliau dijangka melengkapkan anggota kabinet dalam masa terdekat dengan menggunakan komposisi dua orang mewakili setiap komponen.

“Saya telah tentukan lima kementerian, kita akan lantik lagi lapan. Konsep ini tidak akan menggambarkan kekuatan mana-mana parti,” katanya.

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment