Anwar sertai Majlis Presiden Harapan

Thursday, May 17, 2018

Anwar sertai Majlis Presiden Harapan

Anwar sertai Majlis Presiden Harapan

PETALING JAYA â€" Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menganggotai barisan Top 6  Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar diterima masuk dalam Majlis Presiden bersama barisan Top 5 yang dianggotai beliau sendiri, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Presiden satu badan kecil yang sebelum ini dianggotai lima ketua parti Harapan, kini dah jadi enam dengan kemasukan Anwar.

“Top 6 ini akan berjumpa lebih kerap, jika ada masalah kami akan bersidang memutuskan perkara penting segera,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Harapan di sini.

Mahathir turut menetapkan Majlis Presiden akan dianggotai oleh 22 ahli dengan lima orang wakil daripada setiap parti termasuk wanita dan pemuda.

Sementara itu, Mahathir turut mengumumkan bahawa Harapan sudah bersetuju menubuhkan satu Task Force yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri bagi meneliti masalah komuniti India, Orang Asli, belia dan wanita.

"Pasukan petugas khas ini akan mengkaji masalah minoriti khususnya komuniti India, wanita, orang muda dan juga Orang Asal," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment