Tiada tsunami Melayu di Kota Tinggi

Wednesday, May 2, 2018

Tiada tsunami Melayu di Kota Tinggi

Tiada tsunami Melayu di Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Calon BN Parlimen Kota Tinggi menyangkal berlakunya tsunami Melayu di Kota Tinggi, sebaliknya sokongan masyarakat Melayu dilihat masih kuat dan padu kepada BN.

Calon berkenaan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembangkang hanya berangan kerana apa yang sedang berlaku di Dun Sedili, Dun Johor Lama dan Parlimen itu adalah tsunami 'Kita Pilih Biru'.

"Jadi tak payahlah nak kacau Parlimen Kota Tinggi, tak payah nak buang masa turun ganggu rakyat yang ada di N36 dan N37.

"Pergilah cari tempat lain kalau nak betulkan, perbetulkan negeri yang dia menang dahulu sampai hari ni dia tak boleh buat apa-apa.

"Jangan ganggu kesejahteraan yang sedang dinikmati oleh rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan mesra bersama jentera-jentera di pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Tembioh malam tadi bersama calon BN kawasan Dun Sedili, Rasman Ithnain dan Dun Johor Lama, Rosleli Jahari.

Halimah berkata, dakwaan tsunami Melayu oleh pembangkang itu hanyalah modal untuk pilihan raya semata-mata.

Katanya, menjadi kebiasaan bagi pembangkang apabila tiba musim pilihan raya masa itulah mereka akan berkeliaran ke sana-ke mari.

"Calon-calon yang bertanding kadang kala tak penah nampak malah yang dahulu menawarkan diri bertanding dan selepas dia bertanding dia hilang pergi entah kemana-mana.

"Sebagai contoh macam ahli parlimen di Kluang, saya tunjuk sebab saya duduk di Kluang.

"Dia menang tapi dia tak pernah bagi servis pada masyarakat Kluang. Dia duduk sekejap, dia cecah sahaja lepas tu dia belah. Kali ni dia nak bertanding di Ayer Hitam pula," katanya lagi.

Halimah berkata, inilah sebenarnya kerja calon pembangkang kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan selain membuat pelbagai fitnah.

Jelasnya, tindakan mereka itu hanya untuk mengelirukan pemikiran serta memecah belahkan sokongan masyarakat terhadap BN diterajui perdana menteri.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment