Kerajaan perlu yakinkan pelabur ke Malaysia
SHAH ALAM - Kerajaan baharu, Pakatan Harapan (Harapan) perlu memastikan kestabilan politik dan pasaran dalam memastikan ekonomi negara terus kukuh.
Menurut Penganalisis Ekonomi, Dr Baayah Baba, komuniti perniagaan dan pelabur mahukan kestabilan serta keadaan yang boleh dijangka dari segi ekonomi dan dasar dalam meyakinkan mereka membuat pelaburan.
âKerajaan Harapan perlu menunjukkan suasana politik dan pasaran negara yang stabil untuk menggalakkan pelabur asing ke Malaysia dan pelabur yang ada tidak meninggalkan Malaysia. Ini lebih membantu masalah ekonomi negara.
âJika sesebuah negara itu dilihat tidak stabil, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara kita kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam,â katanya, hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan pemimpin Harapan sebelum ini tentang ekonomi negara dalam keadaan tenat dan menuju bankrap, Baayah menyifatkan ia suatu kitaran ekonomi.
âTidak, sebenarnya ia suatu bentuk kitaran ekonomi dan tidak boleh diramal. Ada masa ia merosot dan ada masa ia kembali meningkat.
âIa memang merosot tetapi tidaklah terlampau ketara. Kalau tidak, macam mana kerajaan sebelum ini memperoleh rezab negara lebih RM 400 bilion, â katanya.
Dalam pada itu, Baayah tidak menafikan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
âMalaysia memang mempunyai asas yang kukuh dan itu sudah terbukti,â katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hutang negara melebihi RM1 trilion. Bagaimanapun , Lim menjelaskan jumlah tersebut termasuk dalam jaminan kerajaan dan bayaran pajakan untuk kerjasama awam dan swasta.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment