Bilik pantri Klinik Kesihatan Bukit Gambir terbakar

Sunday, May 27, 2018

Bilik pantri Klinik Kesihatan Bukit Gambir terbakar

Bilik pantri Klinik Kesihatan Bukit Gambir terbakar

TANGKAK - Kepantasan kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Gambir menghubungi anggota bomba sebaik melihat kepulan asap membantu mengawal kebakaran merebak, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Bukit Gambir, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, klinik terbabit yang sepatutnya beroperasi jam 8 pagi itu terbakar jam 7.10 pagi.

“Kejadian disedari seorang pembantu perubatan klinik berkenaan yang tiba awal untuk memulakan kerjanya. Menurut saksi, sebaik sampai jam 7.20 pagi, dia melihat kepulan asap di bilik pantri berkenaan.

“Beliau kemudian segera hubungi bomba dan pada masa sama cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Mohd Khairul berkata, bomba tiba jam 7.24  pagi dan berjaya memadam 15 peratus ruang dalam pantri yang terbakar

“Kami percaya nyalaan dan punca kebakaran bermula dari sebuah almari yang menyimpan perkakas elektrik di mana almari itu turut musnah terbakar keseluruhannya.

“Selain kebakaran kecil di bilik pantri, dinding kapur bilik penyelia bersebelahan pantri juga runtuh. Setakat ini, tiada lagi kerosakan lain dilaporkan dan insiden ini juga tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya.

Menurutnya, dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba Bukit Gambir membantu memadam kebakaran tersebut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment