Beri sokongan kerajaan baharu

Tuesday, May 1, 2018

Beri sokongan kerajaan baharu

Beri sokongan kerajaan baharu

SIMPANG - Calon PKR Dun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling menyeru kepada seluruh rakyat agar memberikan sokongan terhadap usaha pembentukan kerajaan Harapan pada PRU14 kali ini.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jika hasrat tersebut menjadi kenyataan, pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah hadiah terbaik.

Hari ini, kita dapat dengar terlalu banyak rungutan khususnya golongan pekerja terhadap BN.

"Walaupun, Datuk Seri Najid Tun Razak sering mengheboh-hebohkan pencapaian hasil dariapda Program Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan di bawah payung BN, tetapi rakyat masih tidak dapat merasi nikmat pembangunan ekonomi selama ini," katanya kepada Sinar Harian sewaktu berkempen di Pasar Pagi Taman Kota Jaya, di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Yee Ling berkata, ketika ini kadar pertumbuhan ekonomi yang dipamerkan oleh kerajaan BN semata-mata data yang terpesong daripada realiti sebenar.

"Apa yang berlaku ialah kenaikkan harga barangan dan beban kehidupan yang semakin membelenggu orang ramai," katanya.

Tambah Yee Ling, pelaksanaan GST oleh kerajaan BN sejak 1 April 2015 telah menyebabkan kenaikkan harga barangan dan kadar inflasi yang tidak terkawal.

"Kehidupam rakyat Malaysia terutamanya golongan pekerja semakin berdepan dengan tekanan peningkatan kos sara hidup.

"Kadar kenaikkan gaji tidak setanding dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Hakikatnya ramai yang terpaksa melakukan pinjaman wang dan hutang isi rumah semakin meningkat," katanya.

Mengulas lanjut, Yee Ling berkata, semasa berinteraksi dengan pengundi, ramai yang menyokong hasrat Harapan untuk memansuhkan GST.

"Dalam pada itu, saya juga ingin menegaskan bahawa pasaran pekerja dan ekonomi Malaysia sekarang mengalami masalah struktur yang mendalam telah membawa kepada pengangguran serta pendapatan rendah membabitkan golongan muda," katanya.

"Apabila pelaksanaan GST dilaksanakan, golongan inilah yang paling merasai beban. "Kocek mereka semakin menyusut dan kemampuan pembelian mereka semakin menurun, disebabkan oleh gaji rendah tidak mampu menampung kos sara hidup yang kian meningkat, lebih-lebih lagi ditambah dengan pembiayaan pendidikan, rawatan perubatan dan sebagainya.

รข€œHarapan menjanjikan pemansuhan GST, memerangi rasuah, memberi tumpuan kepada penyelarasan struktur ekonomi, dan berusaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi, membangunkan potensi dan membuka visi untuk golongan muda," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment