Bapa reformasi dari penjara ke istana

Wednesday, May 16, 2018

Bapa reformasi dari penjara ke istana

Bapa reformasi dari penjara ke istana

KUALA LUMPUR - Hujan di Lembah Klang mengiringi pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditahan di penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azla, tiga tahun lalu.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan Istana Negara jam 1.20 petang sebelum bergegas ke kediamannya di Segambut.

Laluan ke rumahnya sesak selepas ratusan penyokongnya hadir meraikan pembebasan Anwar dengan laungan reformasi bergema mengiringi pemimpin yang dirindui rakyat Malaysia itu.

Bukan itu sahaja, lebih 100 pengamal media tempatan dan antarabangsa berkampung seawal 12 tengah hari bagi mendengar kata-kata pertama pemimpin berusia 70 tahun itu.

Sebelum memulakan sidang media, beliau dan isterinya tidak lekang dari senyuman malah sempat melayani permintaan untuk mengambil 'selfie' daripada anggota keselamatan yang mengiringinya sewaktu satu upacara bersurai ringkas dibuat.

"Dari penjara ke istana." Itu kata-katanya pertama beliau tatkala menggambarkan tuah dirinya yang mendapat pengampunan tanpa syarat dari Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V .

Selepas meluangkan masa 20 minit bersama media, Anwar meminta diri memasuki rumahnya bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Sehingga kini, walaupun hujan, lebih 500 penyokong Anwar tetap tidak berganjak untuk melihat lebih dekat susuk badan bapa reformasi itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment