Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pengampunan tersebut cukup bermakna seiring dengan slogan ‘Dari Penjara ke Istana’ selain membolehkan beliau dapat berucap secara bebas sepenuhnya.
“Saya bersama dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) bersama dengan Seri Paduka hampir sejam dan berbincang pelbagai isu semasa.
“Sudah tentu saya cukup terkesan kerana sesuai dengan tagline ‘Dari Penjara Ke Istana’. Terima kasih pada Seri Paduka kerana mengambil keputusan segera dan tegas membebaskan saya sepenuhnya tanpa sebarang syarat,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan kediamannya di Segambut, di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, selepas menjalani prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment