Tiada tangkapan dilakukan di rumah Najib

Wednesday, May 16, 2018

Tiada tangkapan dilakukan di rumah Najib


Peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, polis hanya hadir untuk melakukan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

"Setakat ini semuanya sudah selesai dan pihak polis hanya mengambil keluar beberapa kotak berisi pakaian dan barangan lain seperti tas tangan yang dikenal pasti sebagai hadiah.

"Tiada sebarang dokumen diambil dan polis hadir juga bukan bertujuan untuk melakukan penahanan," katanya dalam sidang akhbar ringkas, di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 16 buah kereta bersama sebuah trak polis dilihat masuk ke kawasan rumah Najib pukul 10.16 malam, semalam.

Serbuan itu dilakukan selepas Najib pulang dari menunaikan solat tarawih di Kampung Baru, di sini kira-kira pukul 9.53 malam semalam.

Menurut Harpal Singh, polis mengambil masa lama disebabkan faktor kawasan yang besar dan perlu memeriksa setiap bilik di rumah berkenaan.

Jelasnya, dalam masa sama, polis turut melakukan siasatan di sebuah kondominium mewah milik Najib dengan tujuan sama.

"Setakat ini, siasatan sudah selesai dan tiada siasatan lanjut akan dilakukan di rumah berkenaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment