Penyanyi Hafiz Hamidun akhirnya boleh menarik lafas lega apabila dia menang kes saman ke atas sebuah syarikat tekstil terkemuka yang menyalahgunakan namanya.

Pada Februari 2017, Syarikat tekstil Kamdar dilaporkan telah menggunakan nama Hafiz Hamidun tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk mereka dan kes tersebut berlanjutan selama setahun sebelum mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepada Hafiz.


BACA: Nyaris Jadi Gila, Hafiz Hamidun Tak Serik Kahwin


“Alhamdulillah, setelah lebih setahun akhirnya mahkamah memutuskan saya memenangi kes ini pada Selasa lalu.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk melindungi nama saya yang sudah didaftarkan sebagai hak cipta dan trademark untuk perniagaan saya yang turut mengeluarkan beberapa produk berkaitan tekstil dan baju,” ujarnya kepada mStar Online.



Menurut Hafiz lagi, dia juga dikecam teruk oleh netizen disebabkan oleh kenyatannya sebelum ini untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut. Walaupun tindakannya itu adalah untuk melindungi namanya, ada juga yang mengatakan Hafiz mengambil jalan untuk cepat kaya.

“Saya sedar ramai netizen yang kecam dan anggap saya ‘poyo’ dan memperlekehkan usaha saya dengan menganggap saya ambil jalan mudah untuk jadi kaya.Terpulang kepada mereka kerana apa yang saya lakukan hanya untuk mempertahankan hak saya sahaja,” ujarnya.