Selepas timbul video lucah ketika bulan Ramadhan, hari ini Syafiq Kyle ada memuat naik sekeping gambar sambil mengucapkan selamat pagi. Tidak sampai seminit penuh ruangan komen dibanjiri pertanyaan mengenai video terbabit.

BACA: Video Lucah Syafiq Kyle Mula Dijual Di Twitter?



Pastinya ramai yang kecewa sejurus melihat video terbabit, dan mungkin disebabkan itu ramai mendesak Syafiq memberikan penjelasan mengenainya. Ada juga yang yakin individu tersebut bukanlah Syafiq.

Pun begitu posting Syafiq yang mengucapkan selamat pagi buat peminatnya menimbulkan tanda tanya apakah beliau tidak mengetahui apa yang terjadi. Agak mustahil kalau Syafiq tidak menyedari perkara sebesar ini bukan?



Disebalik desakan pertanyaan dari peminat mengenai video tersebut, ramai juga wanita yang seakan gila bayang melihat Syafiq sekarang selepas kejadian video lucah itu. Tengok saja pada ruangan komen, penuh komen wanita!

Mungkin laku keras jualan video Syafiq semalam (khabarnya dijual dengan harga RM20) hinggakan ramai wanita gila bayang meninggalkan komen-komen yang agak keterlaluan boleh dikatakan. Hmm (rtky/w)