Orang Kuantan lega, GST 0 peratus

Wednesday, May 16, 2018

Orang Kuantan lega, GST 0 peratus

Orang Kuantan lega, GST 0 peratus

KUANTAN - Pengumuman kerajaan baharu mengenai GST 0 peratus disambut baik orang ramai di daerah ini.

Mereka juga lega apabila kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) memansuhkan cukai itu seperti yang dijanjikan.

Ramai yang menganggap pemansuhan GST mampu meringankan beban terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana sekali gus dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi Izzati Ahmad Rudaini, 25, pemansuhan GST wajar kerana sebelum ini cukai berkenaan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat.

“Ini kerana GST sangat mempengaruhi perbelanjaan keperluan harian, bila dah dimansuhkan kos pembelian barangan kami juga dapat di kurangkan.

“Jadi, saya amat bersetuju dengan pemansuhan GST dan langkah tepat yang dilakukan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat,” katanya ketika ditemui di bandar ini, semalam.

Pesara, Wan Ismail Wan Imran,93, pula berkata, selain keamanan, sudah semestinya dia mahu beban cukai dihapuskan kerana GST yang dikenakan tanpa mengira golongan.

“Jadi saya setuju bila GST dimansuhkan. Sekurang-kurangnya harga barang tak lagi mahal dan peniaga pun boleh menjalankan perniagaan mereka dengan baik.

“Bila dah hapus satu cukai, pasti perbelanjaan sebelum ini dapat dikurangkan berbanding sewaktu wujudnya GST,” katanya.

Sementara itu, Nazra Aliff Nazri,22 memuji kerajaan baharu yang dikatakan mendengar keluhan rakyat.

Katanya, dia amat bersetuju dengan pemansuhan GST kerana ia boleh meringankan beban rakyat terutama golongan susah.

“Diharapkan kos sara hidup kembali normal dan ekonomi negara kembali stabil,” katanya.

Izat Ezzatte Musa, 25, berpendapat pemansuhan GST wajar kerana banyak faedah manfaat kepada rakyat terutama golongan yang hidup sederhana dan juga kepada peniaga.

"Nilai GST 6 peratus nampak sikit tapi kalau dikira mengikut perbelanjaan harian boleh mencapai jumlah perbelanjaan bulanan seisi rumah.

“Kalau kita lihat pada mulanya gst di tubuhkan (2014), rata- rata rakyat bersuara kerana pendapatan bulanan tidak cukup untuk menyara keluarga kerana isu barang mahal,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment