Lupakan sengketa lama

Monday, May 21, 2018

Lupakan sengketa lama

Lupakan sengketa lama

KOTA BHARU â€" Pimpinan kerajaan pusat dan kerajaan Pas Kelantan perlu berjiwa besar dan melupakan sengketa lama demi memastikan isu royalti minyak dapat diselesaikan.

Saranan itu dibuat ketika isu royalti minyak Kelantan menjadi polemik setelah Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya sekaligus didesak ramai pihak termasuk Pas untuk menunaikan janji.

Presiden NGO Royalti, Nazri Deraman berkata, umum mengetahui terdapat perselisihan politik yang melibatkan pemimpinan Pas dan Amanah di Kelantan, namun ia harus dilupakan kerana kedua-dua parti itu sudah menjadi kerajaan.

"Keutamaan sebenar adalah untuk rakyat, maka kerjasama dan juga tolak ansur antara pemimpin-pemimpin ini perlu bagi memastikan rakyat tidak diketepikan.

"Saya amat tertarik dengan pandangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyambut baik kenyataan Tun Mahathir yang kerajaan akan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu.

“Malah beliau juga menyarankan satu dialog antara kerajaan negeri dan persekutuan. Saya rasa ia adalah satu perkara murni yang akan berlaku,”katanya.

Terdahulu, beliau bersama Sinar Harian dalam wawancara khas yang mengupas tajuk Royalti minyak Kelantan: Harapan atau helah? di pejabat Sinar Harian Cawangan Kelantan, semalam.

Menifesto Pakatan Harapan sebelum ini menyatakan mana-mana negeri yang mengeluarkan petroleum layak mendapat 20 peratus hasil.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Husam Musa, yang dilihat seringkali vokal terhadap kerajaan Kelantan dikatakan bakal memainkan peranan dalam pentabiran persekutuan.

Malah, Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan dikatakan bakal menjadi rujukan utama pimpinan Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat keputusan terhadap isu tersebut.

Nazri ketika ditanya mengenai bagaimana bayangan hubungan Husam dengan kerajaan Kelantan yang diketahui ‘dingin’, beliau yakin masih ada sinar demi memastikan rakyat Kelantan dapat manfaat sewajarnya.

Menurutnya, Husam adalah antara kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Amanah dan walaupun dilihat bersikap menentang pimpinan Pas, tapi itu tanggungjawab beliau sebagai pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, sebagai pemimpin Amanah, Husam harus membawa aspirasi rakyat dari sisi yang berlainan, namun beliau tetap optimis pemimpin itu mempunyai satu sikap dan perasan sayang yang mendalam kepada rakyat negeri ini.

“Saya yakin dan percaya, jauh disudut hati dia (Husam), perasaan kasih dan sayang dia tetap mendalam kepada rakyat Kelantan. Beliau akan menunaikan tanggungjawab untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Mengulas kemampuan kerajaan Persekutuan dan negeri untuk berkerjasama sepertimana berlaku dalam kerajaan sebelum ini, Nazri berkata, senario itu boleh berlaku kerana kedua-dua blok kepimpinan pernah bersama.

“Saya yakin akan lebih baik kerana asasnya ialah kebanyakan kepimpinan harapan ini sebahagiannya adalah dari parti Amanah yang merupakan daripada Pas.

Mereka ini faham Islam dengan begitu baik dan ditarbiah dalam sistem yang sama dalam Pas dulu.

“Hubungan mereka ini baik sebenarnya dari sudut peribadinya. Itu saya yakin dan saya harap agar pimpinan ini dapat mengurangkan perselisihan dan dapat mencari satu titik persefahaman demi rakyat. Saya yakin.

“Malahan kalau sekiranya kebolehan dan jasa saya yang kecil ini diperlukan untuk menjadi orang tengah kedua pihak ini, saya menawarkan diri setakat mana yang mampu,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment