Lima lori polis angkut ratusan kotak Najib, Rosmah
KUALA LUMPUR - Kira-kira jam 1.20 pagi tadi sejumlah troli dipercayai digunakan untuk membawa barangan yang dirampas dalam operasi pencarian di sebuah kondominium mewah milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Kelihatan lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih itu yang tidak diketahui isinya.
Setiap kotak dilabelkan isinya dan setakat ini hanya kelihatan ialah label beg tangan.
Pada jam 12 malam tadi, hampir 20 bagasi dibawa turun daripada apartmen tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kotak itu berisi wang tunai, beg tangan berjenama mewah atau barang kemas.
Barangan ini merupkan hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang diketuai Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Perkarangan apartmen itu kini dikawal rapi anggota polis dan ia turut dipenuhi oleh petugas media dan orang awam yang inginkan perkembangan terkini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment