Lelaki ditahan bersama 720 pil kuda
KUALA TERENGGANU â" Seorang lelaki ditahan bersama 720 pil kuda di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu (JSJN), Superintendan Roslan Tahir berkata, anggota dari Ibupejabat Polis Kontijen Terengganu telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga disyaki pengedar dadah.
Menurutnya, serbuan pada pukul 11.30 malam itu berjaya menemui 720 pil disyaki pil kuda di dalam poket seluar dan raga motosikal Honda EX5.
âSelain itu, satu paket syabu dan satu botol kehitaman juga dipercayai mengadungi dadah dijumpai bersama suspek. Nilaian dadah dirampas adalah bernilai RM10,950.
âSuspek yang merupakan seorang pengganggur dan mempunyai 22 rekod jenayah lampau didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, di sini hari ini.
Sementara itu, Roslan berkata, JSJN menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya membuat 3,394 tangkapan bagi 2,700 kes dadah pelbagai seksyen pada tahun ini.
â30 peratus atau 1,024 tangkapan daripada jumlah tangkapan (3,394) melibatkan pil kuda sementara 76 tangkapan dari 59 kes membabitkan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 1857 daripada yang ditahan didapati positif ujian air kencing.
âDalam lima bulan pertama 2018 juga, JSJN Terengganu turut berjaya menumpaskan empat sindikit pengedaran kecil melibatkan lapan serbuan dengan sebelas tangkapan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment