Kos sara hidup masalah membelenggu rakyat

Tuesday, May 1, 2018

Kos sara hidup masalah membelenggu rakyat

Kos sara hidup masalah membelenggu rakyat

IPOH â€" Kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat dengan keadaan pendapatan isi rumah masih di tahap sama antara masalah utama yang patut ditangani segera.

Calon Pas Manjoi, Mohd Hafeez Sabri, 32  berkata, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang lima tahun bertemu dengan pelbagai kelompok masyarakat kebanyakannya menghadapi masalah sama.

Menurutnya, Pas melalui Gagasan Sejahtera menawarkan manifesto terbaik sebagai inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat dengan menumpukan kepada 9 teras utama antaranya pembentukan kerajaan berintegriti dan beramanah, penambahan pendapatan dan peluang baharu rakyat dan meredakan peningkatan inflasi serta kos sara siri.

“Kita juga akan memberi fokus kepada pengurangan jurang ekonomi bandar dan luar bandar, peningkatan kualiti pendidikan, pengharmonian sistem perundangan, pengukuhan konsep federalisme, pemerkasaan suara rakyat dan penambahbaikan sistem sokongan sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hafeez yang sebelum ini pernah menjadi Penyelaras Dun Manjoi menghargai kepercayaan pimpinan Pas untuk mengetengahkan anak muda sebagai calon baharu pada PRU kali ini.

Katanya, penerimaan pengundi pula sangat positif memandangkan semangat dan kerja berpasukan di semua peringkat khususnya Pas Dun Manjoi yang telah bermula selepas PRU13 berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

“Alhamdulillah hampir keseluruhan pengundi kita telah bertemu dan maklum balas yang diterima sangat mengagumkan.

“Pasukan jentera yang bersama saya selama ini terdiri daripada anak muda, profesional muda, kaum ibu dan orang lama yang sangat akrab serta bergabung kepakaran masing-masing dalam memastikan kemenangan,”katanya.

Tambah Hafeez lagi, dengan momentum keinginan rakyat kepada perubahan secara menyeluruh, tawaran manifesto  Malaysia Sejahtera dan Perak Sejahtera  amat realistik untuk dilaksanakan.

“Dun Manjoi Sejahtera juga bakal direalisasikan dengan memberi tumpuan kepada kemudahan asas, meningkatkan pendidikan dan memperluaskan peluang kerja,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment