Jenazah 10 pengebom berani mati akhirnya dikebumikan
SURABAYA - INDONESIA. Jenazah pengebom berani mati akhirnya dikebumikan di lokasi rahsia di Kabupaten Sidoarjo pada Jumaat lalu selepas penduduk setempat menghalang upacara itu termasuk mengambus lubang kubur yang telah digali.
Menurut Ketua Perkhidmatan Sosial di Sidoarjo, Wiyono, tiada seorang waris mereka yang hadir ketika pengebumian tiga jenazah keluarga tersebut terdiri daripada Anton Febriantono (bapa), Sari Puspitarini (ibu) dan Hilya Aulia Rahman (anak).
Semalam, sebanyak tujuh lagi jenazah Moh Dari Satria, Famela Rizqita, Fadhila Sari, Moh Daffa Alfin, Puji Kuswati, Tri Erwati dan Tri Murdiono dikebumikan di tiga liang lahad di lokasi sama.
Difahamkan, ia turut dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan tiada ahli keluarga mereka yang hadir.
Kelmarin, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa kesemua jenazah terbabit dikebumikan di Surabaya dan Sidoarjo.
Ketua Setiausahanya, Moch Munief berkata, keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan moral.
"Manusia tetap manusia. Mereka perlu dikebumikan ikut agama masing-masing. Jika Islam, perlu dikafankan dan disolatkan," katanya. - detik.com
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment