Jamin bekalan ikan segar cukup

Sunday, May 20, 2018

Jamin bekalan ikan segar cukup

Jamin bekalan ikan segar cukup

MARANG - Bekalan ikan segar seperti kembung serta jenis lain dijangka mencukupi untuk Ramadan di negeri ini berikutan peningkatan hasil tangkapan direkodkan nelayan pada minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, bekalan ikan mencukupi untuk menampung permintaan sekiranya keadaan cuaca kekal baik.

"Saya dah tinjau dan bertemu nelayan di Beting Lintang, Besut. Hasil tangkapan ada dan keadaan ini dijangka akan berterusan sekiranya keadaan cuaca baik," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di Mercang mendapati antara tangkapan banyak diperoleh nelayan ketika ini ialah ikan kembung.

Beliau berkata, pihaknya mengakui hasil tangkapan ikan di daerah lain turut meningkat bagi menjamin bekalan kepada pengguna namun penurunan atau kenaikan harga bergantung keadaan semasa.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bagi harga ikan terpilih akan meningkat sedikit pada penghujung Ramadan berikutan permintaan tinggi terhadap sumber protein itu daripada pengguna.

รข€œKita mengakui harga ikan segar mungkin naik sedikit kerana permintaan meningkat dan kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau keadaan itu agar pengguna tidak terbeban," katanya.

Katanya, aktiviti pemantauan harga akan diserahkan kepada pihak berwajib bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya sepanjang Ramadan sehingga Syawal kelak.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment