Harapan Rompin tolak pemimpin BN

Thursday, May 17, 2018

Harapan Rompin tolak pemimpin BN

Harapan Rompin tolak pemimpin BN

KUALA ROMPIN - Pakatan Harapan (Harapan) Rompin melalui satu mesyuarat melibatkan parti gabungan itu memutuskan untuk menolak sekeras-kerasnya kemasukan Adun dan Ahli Parlimen BN atau Umno ke dalam parti itu.

Pengerusi Harapan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, penolakan itu turut melibatkan barisan kepimpinan BN atau Umno serta segera berhenti mengiystiharkan diri untuk bersama Harapan.

“Bagaimana pun kita bersetuju menerima ahli biasa daripada parti itu untuk menyertai Harapan,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Harapan Rompin, di sini, semalam.

Mohd Fadzli berkata, dalam mesyuarat sama turut membincangkan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui Harapan kepada negeri ini.

Menurutnya, jemaah mesyuarat bersetuju walaupun kerajaan BN di Pahang sekarang adalah pembangkang namun tetap perlu dipertimbangkan peruntukan.

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan kepada Kerajaan negeri Pahang.

“Walaupun dipimpin BN yang merupakan pembangkang tetapi soal kebajikan rakyat, pembangunan rakyat perlu diambil berat oleh kerajaan pusat,” katanya.

Menurut Fadzli, rakyat di negeri ini tidak boleh dihukum atau dianaktirikan kerajaan pusat walaupun mereka memberikan undi kepada BN.

“Jadi kita harap kerajaan pusat terus menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri dan rakyat di negeri Pahang,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment