Harap kerajaan baharu tak tarik elaun sara hidup
KUALA LANGAT - Tiada apa yang diimpikan oleh nelayan di daerah ini melainkan kerajaan baharu yang dipilih rakyat pada PRU14 meneruskan bantuan elaun sara hidup dan menambah baik keperluan nelayan.
Seorang nelayan, Mohd Apandi Mohd Yusop, 52, berkata, kebanyakan nelayan bimbang elaun yang diterima sebelum ini tidak dapat diteruskan walau percaya kerajaan baharu tidak sewenang-wenangnya menghentikan bantuan itu.
âBagi saya, elaun sara hidup hendaklah dikekalkan dan jika ada penambahbaikan ia perlu lebih baik dari apa yang diperolehi sebelum ini.
âSaya faham bila dah berubah pentadbiran, pelbagai fakta tidak benar menghantui nelayan namun saya yakin kerajaan tidak akan menghapuskan bantuan yang memberi peluang nelayan hidup dalam lebih baik,â katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Apandi berkata, pelbagai lagi kemudahan nelayan perlu diberi perhatian termasuk pembinaan dewan baharu di Pengkalan Nelayan Kelanang.
Bagi Mohd Yatim Talib, 61, dewan berkenaan sudah lama dinantikan penduduk dan berharap kerajaan baharu ini dapat mempercepatkan proses itu.
âNelayan dah menunggu lama untuk memiliki sebuah dewan yang selesa, ini tak... balai raya yang ada hanya dapat menampung seramai 40 ke 50 orang sahaja,â katanya.
Dalam pada itu, sebuah kawasan seluas tiga ekar kira-kira tiga meter dari Pengkalan Nelayan Kelanang dicadangkan sesuai dijadikan sebuah perkampungan nelayan.
Mohd Yatim berkata, tanah yang berpotensi dimajukan itu terbiar kira-kira 30 tahun dan menjadi tumpuan pelbagai pihak.
Katanya, antara yang perlu dijadikan tumpuan bagi membangunkan perkampungan nelayan adalah dengan melihat kehidupan nelayan di sini yang kebanyakannya terpaksa menyewa dan tidak tinggal setempat.
âIsu ini pernah disuarakan ketika zaman kepimpinan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr Shafie Salleh namun sehingga kini tak ada siapapun yang mahu memperjuangkan.
âJadi saya harap pihak kerajaan baharu yang melihat keadaan itu melaksanakan rintihan nelayan dan hasrat nelayan untuk memiliki sebuah perkampungan nelayan dapat direalisasikan setanding di dua kawasan perkampungan nelayan yang sudah wujud iaitu di Tok Bali, Kelantan dan di Kedah,â katanya.
Ketua Pengkalan Nelayan Kampung Kelanang, Zainizam Ismail, 39, berkata, sekiranya perkampungan nelayan dapat diwujudkan sudah pasti nasib nelayan di kawasan itu terbela.
âBagi saya, jika kemudahan seperti rumah nelayan dapat dibangunkan sudah pasti nelayan gembira, dan dapat hidup dalam keadaan yang selesa.
âSaya tak pasti sama ada bantuan rumah baharu itu bakal diteruskan atau tidak disebabkan perubahan kerajaan,â katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Langat, Md Jaman Haris berkata, cadangan membina perkampungan nelayan sebenarnya perlu dipertimbangkan memandangkan perkampungan itu seharusnya menempatkan pelbagai kemudahan termasuk balai raya dan kedai runcit.
Katanya, perkara itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan tanah namun terdapat kawasan tanah kerajaan terbiar bersebelahan Pengkalan Nelayan Kelanang dan mungkin boleh digunakan.
âMengenai permohonan baik pulih dan bina baharu rumah nelayan, memang ada peruntukan yang diluluskan tahun lalu cumanya bina baharu rumah masih belum ada lagi di kawasan kita.
âApa yang penting saya harap sangat kebajikan nelayan terutama elaun sara hidup dan minyak nelayan dikekalkan malah bertambah baik dan menggembirakan nelayan,âkatanya yang tidak mahu mencampur-adukkan hal politik tetapi terus memperjuangkan hak nelayan.
Md Jaman ketika ditemui berkata, perubahan kerajaan yang berlaku tidak mematahkan semangat nelayan untuk turun ke laut seperti biasa malah mereka mengharapkan kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (Harapan) menjaga kebajikan nelayan dengan lebih baik.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment