Hak dikembalikan pada penduduk
ALOR SETAR - Seramai tujuh keluarga di Kampung Baharu, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang di sini merasa lega selepas tanah yang diambil oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB) diarahkan diserah semula kepada mereka oleh mahkamah baru-baru ini.
Pengerusi Badan Bertindak, Radzi Yob Abdullah berkata, penduduk kampung itu sangat berterima kasih kepada mahkamah kerana mengarahkan PKB memulangkan kembali hak mereka selepas mengkaji dalam pelbagai sudut.
Katanya, sebelum ini ini tanah seluas 0.5 hektar itu yang diduduki sejak 132 tahun cuba diambil oleh PKB pada 2015 bagi tujuan membina loji kumbahan untuk Projek Perumahan Penjawat Awam .
âWalaupun tanah itu hanya berstatuskan Lesen Pendudukan Sementara tetapi kami sudah tinggal lama dan sudah memohon bagi mendapat hak milik sepenuhnya.
âTindakan PKB itu menyebabkan penduduk sanggup berjuang hingga membawa kes itu ke mahkamah dan akhirnya pada 20 Mei lalu mahkamah telah mengarahkan PKB menyerahkan kembali tanah itu kepada penduduk,â katanya.
Menurut Radzi, tanah itu mempunyai nilai sentimental kepada penduduk kerana nenek moyang mereka telah meneroka sejak sekian lama. Selain tanah itu merupakan kawasan kediaman tetapi turut mempunyai beberapa kesan sejarah seperti istana Kesultanan Melayu Kedah Lama.
âPenduduk di sini sangat berterima kasih kepada kepimpinan baharu hari ini. Kami juga sangat berterima kasih kepada Adun Derga, Tan Kok Yew yang berjuang bersama kami," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment