Gagal tanding, Yaakob fail petisyen

Tuesday, May 1, 2018

Gagal tanding, Yaakob fail petisyen

Gagal tanding, Yaakob fail petisyen

KEPALA BATAS â€" Calon PKR daripada Parti Bersatu, Yaakob Osman akan mendapatkan pandangan peguamnya bagi mengambil tindakan mahkamah, termasuk memfailkan petisyen berhubung pencalonannya ditolak untuk bertanding kerusi Dun Penaga.

Pada ceramah mengenai isu berkenaan di Paya Keladi di sini malam tadi, beliau berkata peguamnya memberitahu punca pencalonannya ditolak kerana beliau mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM10,000, 20 tahun lepas.

Yaakob, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu dan menyedari langsung mengenai pinjaman kad kredit itu dan hanya mengetahui pada jam 10.30 pagi, Sabtu lalu semasa hari penamaan calon.

“Saya kesal apabila perkara berkenaan tidak dimaklumkan lebih awal sedangkan sehari sebelum penamaan calon saya membuat semakan dan tidak mempunyai sebarang rekod muflis,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Yaakob diumum tidak layak bertanding bagi kerusi Dun Penaga selepas terdapat rekod bahawa beliau diisytihar muflis.

Berikutan kegagalan Yaakob bertanding pada PRU14 itu, kerusi Dun Penaga bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mohd Zain Ahmad dan calon Pas Yusni Mat Piah. - Bernama


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment