Enam lelaki dicari bantu siasatan kes penipuan
PONTIAN - Enam lelaki berumur lingkungan 22 hingga 50 tahun dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan melibatkan anggaran kerugian RM20,000.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kesemua lelaki terbabit dicari bagi membantu siasatan kes penipuan online, menyamar sebagai individu lain, penipuan scam dan memperdaya mangsa dengan menjual barangan rampasan kastam.
Menurutnya, bagi kes penipuan online, suspek akan menawarkan harga cukup murah kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa memasukkan wang ke dalam akuan suspek.
Bagaimanapun, mangsa tidak akan mendapatkan barang yang dibelinya dan suspek akan menghilangkan diri.
âBarang online yang biasanya ditipu seperti Iphone, Ipad dan televisyen LCD. Tawaran harga murah berjaya mengaburi mata sehingga ada yang terjerat dalam taktik penipuan suspek.
âKebanyakan yang menjadi mangsa pula berusia atas 20 tahun. Golongan berusia begini biasanya mudah tertarik dengan tawaran harga murah yang dijual secara online,â katanya dalam sidang media di IPD Pontian, sebentar tadi.
Justeru, beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membeli barangan secara online.
âKeenam-enam lelaki ini ada berasal dari Benut, Kota Tinggi, Pulau Pinang dan Selangor. Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap.
âKes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Asisten Superintendan Ahmad Shamsul Rebu di talian 019-7382140,âkatanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment