Elaun? Adalah menang kes mahkamah: Anwar
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu duduk di dalam pentadbiran negara buat masa ini.
Menurutny, cukuplah isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menerajuinya bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kemimpinan yang lain.
"Untuk jawatan? Saya tak mahu jawatan. Cukupla jadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Elaun? Adalah menang kes mahkamah," katanya selepas majlis iftar di kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini, tadi.
Anwar sebelum ini berhadapan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tuduhan yang dikatakan penyokongnya sebagai bermotifkan politik.
Beliau mendapat pengampunan penuh selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitah pekenan rayuan pengampunannya dan akhirnya diberi pembebasan serta-merta selepas rayuan pengampunan dibentang dan dipertimbang dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ke-51.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment