Walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sering diasak tentang soal zuriat, Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin tetap tersenyum  dan tidak pernah berputus asa untuk berusaha.

Namun, pasangan ini tidak pernah terlepas dari menjadi mangsa fitnah oleh individu yang mungkin cemburu melihat kebahagaiaan yang sentiasa dipamerkan di media sosial.


BACA: Izzue Islam Tak Kisah Dikongkong Isteri


Terbaru, Izzue Islam mendedahkan isterinya pula menjadi mangsa apabila dituduh mengamalkan ilmu hitam untuk memikatnya.

“Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya,” katanya kepada BH Online.



Tambah Izzue lagi, isterinya sentiasa menasihatinya untuk tidak cepat melatah kerana individu yang menyebarkan fitnah tersebut hanya cakap kosong sahaja dan berselindung di sebalik akaun palsu.

“Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

“Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu,” katanya.