Choo Kiang Speaker Pulau Pinang baharu?

Tuesday, May 15, 2018

Choo Kiang Speaker Pulau Pinang baharu?

Choo Kiang Speaker Pulau Pinang baharu?

GEORGETOWN - Pakatan Harapan (Harapan) Pulau Pinang menamakan Datuk Law Choo Kiang sebagai calon Speaker Dun Pulau Pinang yang baharu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencalonan tersebut dibuat sejak Jun tahun lalu bagi memilih bekas Speaker Dun Pulau Pinang itu untuk meneruskan jawatannya.

Menurutnya, sekiranya terdapat pencalonan lain yang ingin diserahkan, kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara tersebut.

"Harapan menamakan Choo Kiang untuk terus menjadi Speaker Dun Pulau Pinang.

"Ia dibuat sejak Jun tahun lalu tetapi jika ada nama-nama lain, kita akan pertimbangkan," katanya kepada media tadi.

Pagi tadi, berlangsung angkat sumpah 11 Exco Kerajaan Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas di Dewan Sri Pinang di sini.

Mengulas tentang perkara itu, Kon Yeow mengakui cabaran yang perlu ditempuhnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang ketiga bersama barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang adalah menunaikan 68 janji dalam manifesto yang dibuat dalam PRU14 lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment