Anwar mahu jadi pemantau kerajaan

Sunday, May 27, 2018

Anwar mahu jadi pemantau kerajaan


KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bertegas untuk menjadi pemantau bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebagai rakyat Malaysia katanya, beliau perlu menjadi ejen pengkritik bersama-sama rakyat
bagi memastikan kerajaan mentadbir negara dengan baik.

“Saya cakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa saya sebagai rakyat biasa saya akan ajak rakyat-rakyat kita pantau macam mana tugas TPM di Pandan.
"Kita pantau tugas Izham Hashim di Pandan Indah. Ini tugas kita sekarang. Bukan untuk mencerca mereka, tetapi dengan kasih mengingatkan tanggungjawab harus disempurnakan. Mindset pegawai kerajaan harus berubah,” katanya semasa berucap pada Majlis Iftar Perdana bersama TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Nurul Hidayah di sini hari ini.

Dalam pada itu, buat masa ini jelas Anwar, beliau hanya mahu menjadi rakyat biasa dan hanya akan mengambil alih apa-apa jawatan apabila tiba masanya kelak.

“Saya sudah cakap pada Tun Mahathir saya tak mahu apa-apa. Cukuplah Azizah di situ (Kabinet). Saya hanya nak jadi Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.

“Bila sampai giliran esok saya ambil alih. Sekarang ini kita beri sokongan padu sepenuhnya pada kerajaan. Biar Tun Mahathir menguruskan negara dengan baik,” katanya lagi.

Tambahnya, program ekonomi disusun semula demi kepentingan rakyat.

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment