1MDB: Banyak penyelewengan tersembunyi
PUTRAJAYA - Banyak kesalahan dan penyelewengan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding yang telah diketahui umum.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sudah mendapat maklumat daripada pihak polis serta meneliti laporan pengauditan berkaitan skandal itu.
âKita akan ambil tindakan dan membuat laporan polis, apabila sampai tahap kita boleh membuat tangkapan terhadap mereka yang bersalah," tegasnya.
Menurutnya, tiada perbezaan antara orang tertentu (pangkat dan kedudukan) untuk didakwa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Laporan pengauditan 1MDB yang sebelum ini dikelaskan sebagai sulit kini boleh dirujuk orang awam dan dikelaskan sebagai dokumen awam selepas diumumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam satu kenyataan, semalam.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau dalam usaha untuk mengembalikan banyak wang negara yang berada di luar negara.
Ianya termasuk di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan Singapura.
âSebab itu kita hubungi negara-negara terbabit untuk kita dapatkan semula duit yang ada pada mereka.
Kita buat kenyaaan bahawa wang itu milik Malaysia dan 1MDB dan kita akan pohon wang itu dikembalikan,"katanya
Ketika ditanya berapakah jumlah wang tersebut, perdana menteri berkata, jumlahnya agak besar dan mampu menolong kita dalam menyelesaikan pelbagai jenis hutang.
"Jumlah sebenar keseluruhan wang di luar negara masih belum dapat diketahui lagi tetapi di Amerika sahaja sebanyak USD4.5 bilion (RM18.83 bilion)," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment